Majlis Persandingan Maizura & Megat
Pada tanggal 07/07/07 termetrilah satu ikatan perkahwinan puteri kepada pasangan Abd Moeen dan Azmah iaitu Maizura Bt Abd Moeen dan suaminya (sori laa, nama tak ingat). Majlis yang gilang gemilang telah diadakan di sebuah dewan indah di Shah Alam. Ramai juga ahli kelurga kedua-dua belah pihak yang hadir. Majlis dimulakan dengan perarakan pasangan dari luar dewan oleh putera dan puteri kecil ke tempat persandingan. Selepas itu disusuli dengan acara merenjis oleh ahli keluarga dan sahabat. Majlis seterusnya dimeriahkan lagi dengan acara makan beradap dan diikuti dengan pemotongan kek. Kalau tak silap, pada majlis tu ada tetamu VIP iaitu adinda kepada Sultan Selangor. Entah lee, teman pun tak kenal. Kira "grand" juga majlis pada hari tu, dengan persiapan, hadiah, acara bergambar dan sebagainya. Tapi biasa la, dalam kita merancang tu, kekadang ada juga yang tak kena. So, kepada kedua pengantin, di ucapkan ribuan terima kasih. Semoga ikatan ini berkekalan hingga ke akhir hayat, InsyaAllah.
* Buat En Adam serta Puan Eliza, terima kasih laa banyak-banyak kerana bersusah payah menumpangkan kami ramai-ramai (rombongan dari Perak). Walaupun panas, tapi seronok....
Friday, July 13, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment